Isnin, 19 September 2011

puTeri maNdi

Salah satu kuih tradisional Terengganu yang hampir menyamai kuih ondeh-ondeh cuma berbeza sedikit dari cara pembuatannya.Kuih ini selalu menjadi juadan ketika minum petang dan rasanya agak manis.Terdapat dua jenis kuih Puteri Mandi,salah satunya berwarna keputihan yang di perbuat daripada kelapa parut muda dan yang keduanya berwarna kekuningan di mana ianya di perbuat daripada kelapa parut tua dengan campuran manisan(gula melaka).Kuih ini senang didapati ketika bulan ramadhan yang mana menjadi salah satu hidangan untuk berbuka.
·         resepi
2    
      1/2 cawan tepung pulut
·         1 sudu kecil air kapur
·         air secukupnya
·         pewarna makanan
·         1/2 biji kelapa parut putih - lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
·         1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
·         garam secukupnya
·         2 helai daun pandan

Cara Membuat:
 Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .
1.    Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2...so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.
2.    Sementara tu didihkan setengah periuk air.
3.    Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.
4.    Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
5.    Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
6.    Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
7.    Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.
 semasa di kampung saya selalu menyuruh mak saya membuat kuih ini..rasanya memang menjilat jari..biasanya mak saya buat untuk kami makan petang...huhuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan