kayu keramat
Makanan tradisional Terengganu yang sedap dan kebanyakan sebagai menu makan pagi. Biasa dijual diwarong warong tepi jalan dan agak susah didapati dipasar pasar. Kayu Keramat rasanya memang sedap.Rupanya ada persamaan ngan Cakoi tetapi rasanya tak sama.Kalau cakoi ada rasa bawang dan berwarna putih manakala kayu keramat ni rasanya manis dan lemak.Sedap jika dimakan bersama kopi-o atau tea-O.
Bahan-bahan:
· 500 gm tepung gandum
· 3 sudu besar gula
· 1 sudu kecil soda bikarbonat
· 1 biji telur
· 375 ml air
· Secubit garam
· Minyak masak secukupnya
· Ibu roti
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati. 2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Adunannya ni, kita boleh simpan kalau tak nak goreng dulu. Lepas dah biarkan adunan tu naik 2 kali ganda, simpan je dalam petiais. Bila nak makan baru keluarkan dan goreng. So, kalau nak simpan2 tu, better kita adunkan dia dalam bekas tupperware yang boleh tutup supaya tak berubah rasa bila simpan dalam petiais tu. Boleh tahan dalam seminggu tapi kalau mama buat biasanya satu adunan ni untuk dua kali makan le.. | |
rahsia kenakannya adalah terletak pada ibunya...jika menggunakankan ibu roti(yis) rasanya tidak lah sedap sangat.Ibu nya mestilah ibu kayu keramat tu sendiri yang menyebabkan timbul rasa sedikit masam lemak manis tu. Selain itu, untuk membuat bentuknya yang sempurna kita perlu ada kepakaran dalam menarik panjangnya semasa hendak digoreng.
Mudah dan ringkas....Selamat mencuba
rahsia kenakannya adalah terletak pada ibunya...jika menggunakankan ibu roti(yis) rasanya tidak lah sedap sangat.Ibu nya mestilah ibu kayu keramat tu sendiri yang menyebabkan timbul rasa sedikit masam lemak manis tu. Selain itu, untuk membuat bentuknya yang sempurna kita perlu ada kepakaran dalam menarik panjangnya semasa hendak digoreng. what da h*ll ayat ibu mengibu nie...aku xpaham ler...
BalasPadamTujuan letak 'ibu kayu keramat' ni ialah untuk membuatkan tepung naik, sama seperti kita mencampurkan bicarbonate soda dan juga yeist.
BalasPadamDitempat tuan RIDHAN tak tahu lah available ke tidak benda tu, tapi kalau di Terengganu ada dijual di kedai rempah India.
Kalau nak beli kena sebut begitu lah "ibu kayu keramat".
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNak letak banyak mana ibu kayu keramat tu ya??
BalasPadam