Ahad, 4 September 2011

keenakan makanan terengganu



Makanan-makanan Terengganu sentiasa menjadi kegilaan dan igauan bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke negeri cantik ini.
Sebut sahaja Terengganu, pasti terbayang keenakan Nasi Dagang bersama Gulai Ikan Aya (ikan tongkol). Dari Besut sampai ke Kemaman, masing-masing ada destinasi terbaik untuk Nasi Dagang. Apa lagi kalau di kawasan Kuala Terengganu terutama Chendering dan Kuala Ibai.
Campuran nasi dan beras pulut ini sungguh enak sekali di makan dengan gulai ikan dengan aroma rempah yang sememangnya sebati dengan nasi. Ia juga boleh di makan bersama Gulai Udang, Gulai Telur atau Gulai Itik dan Ayam Kampung.

Laksam dan laksa ala Terengganu juga adalah makanan warisan dan tradisi di mana ia diperbuat daripada tepung gandum dan tepung beras. Manakalanya kuahnya pula adalah kuah lemak yang diperkaya dengan ikan. Bagi laksa ia juga boleh dimakan bersama kuah lemak serta kuah Terengganu atau pun kuah laksa Pinang. Ia di makan bersama ulam-ulaman, sambal dan belacan. Biasanya ia disaji pada waktu pagi dan waktu petang atau malam. Untuk mendapatkannya tidak begitu susah dan boleh didapati disepanjang jalan dari Besut hingga ke Kemaman.





                                                                                                                                     


Bagi makan petang, selain keropok lekor, yang menjadi pilihan adalah Sata dan Otak-Otak, Kuala Kemaman dan Kuala Besut adalah antara destinasi yang paling menjadi tumpuan dan amat terkenal dengan makanan ini.Ianya perlu diperbuat daripada ikan segar bagi mendapatkan rasa manis ikan selain rempah ratus yang lain. Baunya selepas dibakar amat mencabar perut dan selera.


Itu adalah sebahagian keistimewaan Terengganu tentang makanan. Banyak lagi makanan yang enak-enak dan istimewa di Terengganu yang tiada bandingannya seperti ketupat sotong, pulut lepa, nasi kerabu, nasi minyak, nasi kuning, nekbat, akak telur, akak berlauk, buah gomok dan macam-macam lagi.

Nak dapat semua ini kenalah teroka dan jelajahi warung-warung di Terengganu, pasar-pasar malam, pasar utama Pasar Payang, Cabang Tiga, Batu Enam, Bukit Besar dan lain-lain. tapi, oleh kerana saya tinggal di Kuala Berang, jadi saya selalu pergi pasar malam kuala Berang yang biasanya beroperasi pada hari selasa dan Jumaat.



Warisan Terengganu sememangnya hebat...

1 ulasan:

  1. How to win at the Betway Casino - Get £10 FREE Bonus
    The Betway 바카라 사이트 총판 Casino welcome offer is huge! Claim this offer to 사이트추천 get £10 프라그마틱 슬롯 free when you open your 벳플릭스 account. This 파라오바카라 includes a £10 Casino Bonus for new customers.

    BalasPadam