Nasi Dagang memang sinonim dengan masyarakat pantai timur. Nasi dagang dikaitkan dengan masyarakat dulu-dulu yang suka membuat resipi masakan. Sekarang nasi Dagang telah ada banyak di kedai-kedai makan. Nasi dagang sudah menjadi laris di kedai-kedai kopi. Nasi dagang begitu sedap dimakan apabila kuahnya dicampurkan dalam makanan nasi dagang tersebut. Nasinya yang begitu harum hingga menaikkan selera makan kita. Baunya seperti bunga-bungaan memang sedap dimakan. Ditambah pula, kuahnya di dipanas hingga mengelegak supaya orama kuahnya menaik. Biasanya, Nasi dagang dimakan semasa waktu pagi.Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak. Pada masa dahulu nasi dagang yang paling sedap dan terkenal di kenali dengan nama Nasi dagang Kg ladang Nesan Empat.
Mak Ngah Nasi Dagang restaurant at Cendering>dari bandar Kuala Terengganu, pergi arah selatan ke Marang atau Kuantan. Selepas perjalanan 8 km, anda akan sampai di Kuala Ibai. Anda akan melihat banyak kereta di tempat letak kereta di sisi jalan terutama hari jumaat. Itu Tempat yang begitu popular disana.
RESEPINyA
· 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
· 1/2 tin santan
· garam dan gula
· 1 sudu besar halba
· bawang dan halia (hiris halus2)
· air
· 1 tin santan
· 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
· 15-20 tangkai cili kering
· 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
· 6 keping asam keping
· garam dan secubit ajinomoto
· gula
· 5-6 biji cili padi
· 1 ekor ikan tongkol
· 1 cm belacan
· 2 batang timun
· 1 batang lobak merah
· 1/2 biji bawang besar
· 1 biji lada besar
· cuka, garam, gula
1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.2.
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan