sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
· +/- 400g Sagu
· Pewarna Merah
Lapisan Atas:
· 160 g Tepung Beras
· 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
· 800ml Air
· 1 sb Pes Pandan
· 1 st Air Kapur
· 1/2 st Garam
Kuah Santan:
· 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
· 250ml Susu Segar
· 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
· 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
· 3 sudu besar Gula
· Daun Pandan
CARA-CARA:
1. Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
2. Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
4. Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
5. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
7. Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
8. Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut. ENAAAAKK BANGAATTT!