Isnin, 19 September 2011

LopaK TiKam..

sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.http://img.zemanta.com/pixy.gif
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.




BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
·                     +/- 400g Sagu
·                     Pewarna Merah
Lapisan Atas:
·                     160 g Tepung Beras
·                     200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
·                     800ml Air
·                     1 sb Pes Pandan
·                     1 st Air Kapur
·                     1/2 st Garam
Kuah Santan:
·                     200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
·                     250ml Susu Segar
·                     1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:

·                     5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
·                     3 sudu besar Gula
·                     Daun Pandan

CARA-CARA:
1.          Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
2.         Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
3.         Kukus 20 min.
4.         Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
5.         Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
6.         Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
7.          Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
8.         Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut. ENAAAAKK BANGAATTT!


puTeri maNdi

Salah satu kuih tradisional Terengganu yang hampir menyamai kuih ondeh-ondeh cuma berbeza sedikit dari cara pembuatannya.Kuih ini selalu menjadi juadan ketika minum petang dan rasanya agak manis.Terdapat dua jenis kuih Puteri Mandi,salah satunya berwarna keputihan yang di perbuat daripada kelapa parut muda dan yang keduanya berwarna kekuningan di mana ianya di perbuat daripada kelapa parut tua dengan campuran manisan(gula melaka).Kuih ini senang didapati ketika bulan ramadhan yang mana menjadi salah satu hidangan untuk berbuka.
·         resepi
2    
      1/2 cawan tepung pulut
·         1 sudu kecil air kapur
·         air secukupnya
·         pewarna makanan
·         1/2 biji kelapa parut putih - lagi sedap kalau dapat yang muda sikit
·         1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
·         garam secukupnya
·         2 helai daun pandan

Cara Membuat:
 Campurkan tepung pulut dan air kapur ke dalam satu bekas, tambahkan air sedikit-sedikit sambil dikacau. Air tak perlu banyak. Cukup untuk menguli hingga tepung tak melekat kat bekas .
1.    Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka. Tak warna pun tak apa, tapi selalunya orang buat hijau dan putih aje. Ni anak dara nak buat kaler2...so ikut aja, sbb dia yang nak menggentel.
2.    Sementara tu didihkan setengah periuk air.
3.    Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Buat sehingga habis.
4.    Adunan akan timbul bila dah masak. Mana yang timbul tu angkat guna penapis (penapis teh pun boleh) dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk....ini untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
5.    Untuk kuahnya pula, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
6.    Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
7.    Bolehlah dihidangkan apabila sudah sejuk.
 semasa di kampung saya selalu menyuruh mak saya membuat kuih ini..rasanya memang menjilat jari..biasanya mak saya buat untuk kami makan petang...huhuu

nasi DaGang

Nasi Dagang memang sinonim dengan masyarakat pantai timur. Nasi dagang dikaitkan dengan masyarakat dulu-dulu yang suka membuat resipi masakan. Sekarang nasi Dagang telah ada banyak di kedai-kedai makan. Nasi dagang sudah menjadi laris di kedai-kedai kopi. Nasi dagang begitu sedap dimakan apabila kuahnya dicampurkan dalam makanan nasi dagang tersebut. Nasinya yang begitu harum hingga menaikkan selera makan kita. Baunya seperti bunga-bungaan memang sedap dimakan. Ditambah pula, kuahnya di dipanas hingga mengelegak supaya orama kuahnya menaik. Biasanya, Nasi dagang dimakan semasa waktu pagi.
Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak. Pada masa dahulu nasi dagang yang paling sedap dan terkenal di kenali dengan nama Nasi dagang Kg ladang Nesan Empat.
Mak Ngah Nasi Dagang restaurant at Cendering>dari bandar Kuala Terengganu, pergi arah selatan ke Marang atau Kuantan. Selepas perjalanan 8 km, anda akan sampai di Kuala Ibai. Anda akan melihat banyak kereta di tempat letak kereta di sisi jalan terutama hari jumaat. Itu Tempat yang begitu popular disana.

RESEPINyA
NASI
·         4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
·         1/2 tin santan
·         garam dan gula
·         1 sudu besar halba
·         bawang dan halia (hiris halus2)
·         air


GULAI IKAN TONGKOL
·         1 tin santan
·         1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
·         15-20 tangkai cili kering
·          2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
·         6 keping asam keping
·         garam dan secubit ajinomoto
·         gula
·         5-6 biji cili padi
·         1 ekor ikan tongkol
·         1 cm belacan

ACAR
·         2 batang timun
·         1 batang lobak merah
·         1/2 biji bawang besar
·         1 biji lada besar
·         cuka, garam, gula


Cara-cara
1.    NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
2.    
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
3.    ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.