Sabtu, 6 Ogos 2011

naSi KerAbU

 
PENGENALAN..
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Terengganu  dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng..

ini adalah serba sedikit mengenai resepi nasi kerabu..
unk menyediakan nasi kerabu amatlah leceh kerana memerlukan banyak bahan dan perlu dibuat secara berasing- asing..hal ini, kita memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi..
langkah 1:cara untuk memnyediakan nasi
bahan- bahannya
  • beras
  • air secukupnya
  • bunga telang
mula-mula bersihkan beras sehingga bersih...kemudian masak nasi seperti masak nasi lemak tetapi tambahkan bunga telang di dalamnya supaya nasi menjadi kebiruan..jika tiada bunga telang menggunakan pewarna pun boleh juga atau guna serbuk kunyit..namun nasi putih juga boleh dijadikan nasi kerabu..

langkah 2:cara-cara untuk menyediakan sambal ikan..
bahan-bahannya adalah seperti berikut..
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1/4 kelapa parut
  • 4 ulas bawang merah yang telah dimayang
  • 2 ulas bawang putih yang telah dimayang
  • 2cm halia dihiris halus
  • 2 batang serai dhiris halus
mula-mula panggang ikan kembung itu sehingga masak..kemudian ambil isinya dan tumbuk sehingga benar-benar lumat..sementara itu goreng kelapa parut sehingga kekuningan tanpa menggunakkan minyak..setelah itu, masukkan ikan yang telah ditumbuk tadi..seterusnya, masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan serai..kemudian kacau sehingga sebati..

langkah 3 : cara- cara untuk menyediakan kuah
bahan- bahannya adalah:-
  •   4 ulas bawang merah dikisar  
  •   4 ulas bawang putih dikisar
  • 20gm belacan dikisar 
  • 10 tangkai cili kering dikisar 
  • 1 batang serai dikisar
  •  2 cawan santan cair  2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
Masak santan sehingga mendidih..kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, halia, dan serai…seterusnya, masukkan garam dan gula…kemudian, kacau sehingga sebati..biarkan ia mendidih..selepas itu, masukkan santan cair dan kacau..perlahankan  api…biarkan beberapa minit dan kemudian padamkan apabila kuah itu menjadi betul-betul pekat…
langkah3 : cara-cara menyediakan ulam-ulaman
bahan-bahannya adalah ;-


  •  ½ biji timun
  • ¼ biji kubis bulat
  •  20gm belacan
  • 1 ikat daun kesom
  • 2 batang serai
  • 2 kuntun bunga kantam
  •  5 batang kacang panjang
  • 50gm tauge
  • 2 sudu besar budu
  • 2 sudu kecil lada sula
  Timun, kubis bulat, dan kacang panjang hendaklah dipotong halus..daun kesom dan serai mestilah dihiris halus..serta bunga kantan haruslah 
dimayang..seterusnya, gaul semua ulam-ulaman itu tadi...akhir sekali, hidangkan ulam-ulaman itu bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu sekali untuk dimakan..
selain itu, untuk menyedapkan nasi kerabu makanlah dengan lauk-lauk sampingan seperti telur masin, ayam goreng, ikan goreng tepung dan sebagainya...
inilah salah satu nasi kerabu yang telah siap..ia menggunakan nasi putih..dengan lauk sampingannya adalah daging..
jadi, selamat mencuba..