Laksam merupakan sejenis masakan tradisional yang berasal dari negeri Terengganu. Ia diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam...menu ini sangat sesuai untuk makan petang….
Untuk menyediakan laksam,kita ada tiga langkah..antaranya, membuat laksam, kuahnya dan yang terakhir ialah ulam-ulaman..
1) Ramuan untuk membuat laksam kita perlu ada:
1) Ramuan untuk membuat laksam kita perlu ada:
Ø Minyak masak,
Ø lada sulah
Ø cawan tepung beras
Ø 1 cawan tepung ubi
Ø 2-3 cawan air
Ø sedikit garam
CARA MEMBUAT LAKSAM
Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang. Panaskan pengukus dan dulang/tudung periuk yang telah dilanser minyak masak.Gunakan satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal.Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang danKeluarkan dan sejukkan sebelum digulung supaya gulungan cantik. Ulang proses ini hingga adunan habis.
2) Ramuan untuk membuat KUAH laksam
2) Ramuan untuk membuat KUAH laksam
Ø 4 ekor ikan
Ø 150 ml santan pekat dan tambah air jika perlu
Ø 4 ulas bawang merah yang telah dikisar
Ø 4 ulas bawang putih yang telah dikisar
Ø 1 batang serai yang telah dihiris halus
Ø sedikit halia yang dikisar
Ø 2 kiub pati ayam
Ø Sedikit lada hitam
CARA MEMBUAT KUAH LAKSAM
Mula-mula sekali, bersihkan ikan tersebut..kemudian rebuskan sehingga masak..selepas masak kita hentaklah membuang tulangnya sebelum kita tumbuknya sehingga lumat..seterusnya, tumiskan bawang merah bawang besar dan lada hitam serta bahan lain yang telah dikisar sehingga garing..kemudian masukan santan dan ikan yang telah ditumbuk tadi..masukkan sekali kiub pati ayam..selepas itu kacau sehingga mendidih..seterusnya, masukkan asam keping dan serai supaya lebih sedap bau kuah itu…kemudian masukkan garam secukup rasa..akhir sekali masak sehingga betul-betul pekat…
a) Sedikit kacang panjang ,
b) tauge
b) tauge
c) kobis
d) daun selasih
d) daun selasih
e) sengkuang
f) timun
g) daun salam
f) timun
g) daun salam
h) Cili
i) Limau nipis
i) Limau nipis
CARA MENYEDIAKAN ULAM DAN BELACAN
Semua ulam-ulaman di atas hendaklah dihiris dengan halus dan asingkan siap ulam tersebut..
Seterusnya, untuk membuat belacan..basuh cili dengan bersih..selepas itu tumbuk sehingga lumat..setelah itu,perahkan air limau nipis secukupnya..
CARA MENGHIDANGNYA
Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan ulam-ulaman yang dihiris tadi seperti kacang panjang , tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam. Kemudian tuangkan kuah panas. untuk membuat laksam itu lebih ENAK makanlah dengan sambal belacan...
selamat mencuba,,
dan ingatlah...
"SEKALI MAKAN MESTI NAK LAGI"